Showing posts with label Psikologi Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Psikologi Kesihatan. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Telefon bimbit boleh jejas aktiviti sel otak’

Metabolisme glukos meningkat di bahagian hampir antena

CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan. Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.

Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu,” kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

“Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit.
Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.

Sesetengah kajian menga-itkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.

Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan. – Reuters

Sumber: Bharian Online 2011/02/24

Wednesday, December 1, 2010

Jari dan Kanser Prostate

Bercakap tentang kanser, wanita dikaitkan dengan kanser payudara atau pangkal rahim manakala lelaki pula dengan kanser prostat yang dikatakan pembunuh senyap kaum lelaki.

Ia merupakan penyakit yang boleh membunuh kedua tertinggi di kalangan lelaki di Amerika Syarikat. Di Malaysia, ia menduduki tangga keenam dalam carta kanser. Lelaki dikatakan kurang kesedaran dan pengetahuan dalam kesihatan berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan.

Tahap kesedaran lelaki secara umumnya adalah rendah dan dianggarkan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan.

Berikut adalah faktor-faktor risiko di luar kawalan:

Umur. Kanser prostat jarang berlaku kepada lelaki di bawah umur 50 tahun. Walau bagaimanapun, kanser tersebut meningkat secara dramatik selepas peringkat umur itu.
Bangsa. Lelaki Afrika-Amerika lebih cenderung kepada risiko penyakit itu.
Genetik. Risiko mendapat penyakit ini adalah tinggi jika salah seorang ahli keluarga lelaki anda pernah dan menghidap penyakit ini.

Menurut kajian di British Jurnal Kanser, lelaki yang mempunyai jari telunjuk atau index finger yang lebih panjang dari jari manis atau ring finger susah untuk mendapat kanser prostate ini. Pengkaji telah memerhatikan sebanyak 1500 tangan pesakit yang mempunyai kanser prostate dan 3000 tangan orang yang normal. panjang jari dipercayai berkait dengan tahap hormon sex di dalam perut ibu semasa mengandung dan merembes hormone testosterone yang mengakibatkan jari telunjuk menjadi panjang dan dapat menghalang kanser prostate. Sumber

Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko kanser.
Kurang bersenam akan menyebabkan pengaliran darah menjadi kurang lancar. Ini memberikan kesan yang memudaratkan prostat. Anda digalakkan bersenam mengikut jadual yang ditetapkan - kata-kata kunci di sini adalah bersenam secara konsisten dan bersesuaian dengan tahap kesihatan dan umur anda.

Sumber